Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Sesi Pembentangan Akhir Projek Pelajar...

Perhatian kepada semua pelajar semester 5 & 6 JTMK yang mengambil kursus FP621 Programming Project & F5228 Project. Sesi pembentangan akhir projek pelajar akan diadakan pada 23 Oktober 2012. Oleh itu, pelajar diingatkan untuk bersedia dari sekarang, terutamanya projek anda yuang lengkap sepenuhnya menjelang sesi pembentangan nanti. Diingatkan juga kepada pelajar untuk tidak pulang awal ke kampung pada minggu pembentangan akhir tersebut.

Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat khas akan diadakan bagi menerangkan mengenai sesi pembentangan itu nanti. Berikut adalah maklumat untuk taklimat khas ;

Tarikh : 25 September 2012
Masa : 3.00 petang (Waktu perjumpaan bersama penyelia)
Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU).

Kehadiran pelajar adalah WAJIB. Kedatangan akan diambil.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...