Langkau ke kandungan utama

Selamat Tinggal 2013...

Dalam kita mengharungi tugasan harian kita, tanpa kita sedar bahawa kita telah menjejakkan kaki ke hari terakhir bagi tahun 2013 Masihi.

Bagaimana dengan tahun 2013 anda semua? Adakah semua azam tercapai? Adakah semua yang diinginkan tercapai?

Bagi JTMK PMS, pelbagai aktiviti dan peristiwa telah berlaku sepanjang 2013. Berikut adalah antara yang berlaku sepanjang 2013..


AKTIVITI

Seperti sebelumnya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan diadakan sepanjang tahun 2013, sama ada aktiviti akademik ataupun sahsiah. Berikut adalah antara aktiviti yang diadakan sepanjang 2013;


Sepanjang aktiviti yang diadakan, sambutan pelajar adalah baik dan menggalakkan. Perubahan dapat dilihat berbanding tahun sebelumnya. Tradisi ini perlu dikekalkan menjelang tahun baru 2014. Akan ada pelbagai lagi aktiviti bakal dianjurkan. Membuka tirai aktiviti bagi 2013 adalah Bengkel Rangkaian IPv4.




TAHNIAH

Untuk tahun 2013, kita telah bersama-sama menyambut berita gembira dari tenaga kerja JTMK, sama ada yang melangsungkan perkahwinan atau menimang cahaya mata.

Puan Fazilah, Puan Mazniha dan Puan Rabi'atul Adawiyyah adalah pensyarah JTMK yang telah menyambut kelahiran cahaya mata masing-masing. Puan Fazilah menyambut kelahiran bayi lelaki, manakala Puan Mazniha dan Puan Rabi'atul Adawiyyah menyambut kelahiran bayi perempuan.

Encik Riki Riswandi pula adalah antara pensyarah yang melangsungkan perkahwinannya (31/03/13). Lebih menarik adalah perkahwinan antara dua orang pensyarah JTMK, iaitu Encik Asyran Zarizi dan Puan Safiani. Mereka selamat diijab kabulkan pada 16/11/13 yang lalu.

Bagi tahun 2014, dijangka akan ada lagi kelahiran baru bagi kakitangan JTMK. Semoga kita dapat sama-sama menyambut berita gembira ini.

SELAMAT TINGGAL & SELAMAT DATANG

Pada tahun 2013 ini, Encik Shariful Anuar menjadi satu-satunya pensyarah yang meninggalkan JTMK PMS. Beliau telah bertukar ke Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Selamat maju jaya untuk Encik Shariful Anuar.

Pada tahun 2013, kita telah menerima kehadiran 6 orang pensyarah baru ke JTMK PMS, iaitu;

  • Encik Tun Mohd Hatimazwan - Pensyarah lantikan baru
  • Encik Haris Fadillah - Bertukar dari Politeknik Kuching Sarawak
  • Puan Roziyaliney - Bertukar dari Politeknik Kuching Sarawak
  • Cik Norwahida - Bertukar dari Politeknik Kuching Sarawak
  • Encik Abd Aziz - Bertukar dari Politeknik Kuching Sarawak
  • Puan Siti Zaharah - Bertukar dari Politeknik Kuching Sarawak
Kami mengalu-alukan kedatangan semua pensyarah baru ini dan kami berharap agar kita semua dapat bersama-sama memajukan lagi JTMK PMS ini.

Kita juga menerima kepulangan Encik Zainozzaman yang sebelum ini melanjutkan pengajian. Namun, Encik Zainozzaman hanya berkhidmat selama sebulan sebelum akan memulakan tugasan barunya ditempat lain. Selamat maju jaya juga diucapkan.

Bagi tahun 2014, kami di JTMK PMS berharap semoga jabatan kita akan terus cemerlang dalam semua aktiviti yang dilaksanakan kerana 2014 akan menjadi tahun yang mencabar bagi JTMK PMS. Kita akan menerima kehadiran audit dari MQA bagi program DNS. MQA dijangka akan datang ke JTMK PMS sekitar bulan Mac 2014. Diharapkan semua pelajar dapat memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak jabatan.

Akhir kata, semoga 2014 menjadi tahun yang lebih hebat untuk kita semua.

Selamat tinggal 2013...

Selamat datang 2014...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...