Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

AKTIVITI : Majlis Bersama Jabatan...

Pada 15 Januari lalu, telah diadakan Majlis Bersama Jabatan di Dewan Kuliah Utama. Antara aturcara program semasa Majlis Bersama Jabatan adalah sesi ucapan dari Puan Ketua Jabatan JTMK yang baru, Puan Zamra. Ini adalah kali pertama KJ JTMK bertemu pelajar dalam satu majlis rasmi. Selain itu, Ketua Program DIP & DNS juga turut menyampaikan ucapan. Program diteruskan dengan taklimat MQA dari penceramah luar, iaitu En. Shahril yang dijemput dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMS. Program juga diteruskan dengan taklimat mengenai OBE (Puan Siti Norhidayah), Peperiksaan (Puan Nik Khairul Bariyyah), Latihan Industri (En. Sharifulanuar), dan Disiplin (En. Asyran Zarizi). Program diakhiri dengan sesi soal jawab. Kehadiran pelajar pada majlis itu sangat memuaskan. Program ini penting bagi memastikan pelajar sentiasa diingatkan mengenai perkara penting yang mereka sepatutnya tahu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan JTMK menuju ke arah pengauditan dari MQA. Berikut adalah antara gambar y

AKTIVITI : Pilihanraya JPP Politeknik...

Tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PMS yang baru kerana telah mendapat undian dari pelajar PMS. Tahniah juga kepada 4 pelajar JTMK yang terpilih untuk berada dalam JPP bagi penggal baru. Berikut adalah senarai nama pemenang pilihanraya JPP 2013... JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH 2013 KERUSI UMUM 1. MOHAMMAD NADZMI BIN MOHD NOOR (JTMK)     19DIP12F1040  2. MOHD AZMIR SHAH BIN AZMI (JTMK)     19DIP12F1053 3. MOHD FAIZAL BIN JALALUDIN (JPH)     19BUP11F2013 4. AZIT AZAT BIN SUHAIMI (JP)    19DAT12F1056 5. SITI MARIAM BINTI SAUD HAMID (JTMK)     19DIP11F1019 6. MUHAMMAD AZWAN BIN ROSMASRI (JP)     19DAT12F1052 7. MUHAMMAD AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD FADZIL (JTMK)     19DIP11F2018 8. MOHAMAD FAIZ BIN KHAMIS** (JKM)    19DRA12F1016 KERUSI BIRO (JTMK) 1. WONG MING LIE 19DNS11F2011  2. MOHD RAZIF IZANY BIN MOHD NASARUDDIN 19DNS11F2016 KERUSI BIRO (JP) 1. MUHAMADNUR BIN SARUDIN 19DAT12F1006  2. MUHAMMAD HADZRI BIN

PENGUMUMAN : Majlis Pelajar Bersama Jabatan...

Perhatian kepada semua pelajar JTMK. Esok akan diadakan sesi taklimat pelajar bersama jabatan di DKU.. Berikut adalah maklumat program;          Tarikh   : 15 Januari 2013          Masa    : 2.30 - 5.00 petang          Pelajar  : Semua pelajar JTMK          Agenda : Taklimat Ketua Jabatan , Ketua Program dan pensyarah. Kehadiran adalah WAJIB . Kedatangan akan diambil. Tolong maklumkan kepada pelajar lain.

PENGUMUMAN : Perubahan Jadual Waktu JTMK..

Perhatian kepada semua pelajar JTMK. Terdapat perubahan pada jadual kuliah anda. Perubahan melibatkan pertukaran bilik kuliah atau makmal. Perubahan ini berkuatkuasa serta merta. Berikut adalah jadual baru untuk semua kelas. Mungkin ada kelas yang tidak berubah, namun majoriti ada perubahan. Tolong maklumkan pada kawan yang lain kerana sesi kuliah pada Rabu, 02 Januari 2013, akan mula guna jadual ini. (Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas).