Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Majlis Bersama Jabatan...

Pada 15 Januari lalu, telah diadakan Majlis Bersama Jabatan di Dewan Kuliah Utama. Antara aturcara program semasa Majlis Bersama Jabatan adalah sesi ucapan dari Puan Ketua Jabatan JTMK yang baru, Puan Zamra. Ini adalah kali pertama KJ JTMK bertemu pelajar dalam satu majlis rasmi.

Selain itu, Ketua Program DIP & DNS juga turut menyampaikan ucapan. Program diteruskan dengan taklimat MQA dari penceramah luar, iaitu En. Shahril yang dijemput dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PMS.

Program juga diteruskan dengan taklimat mengenai OBE (Puan Siti Norhidayah), Peperiksaan (Puan Nik Khairul Bariyyah), Latihan Industri (En. Sharifulanuar), dan Disiplin (En. Asyran Zarizi). Program diakhiri dengan sesi soal jawab.

Kehadiran pelajar pada majlis itu sangat memuaskan. Program ini penting bagi memastikan pelajar sentiasa diingatkan mengenai perkara penting yang mereka sepatutnya tahu. Lebih-lebih lagi dalam keadaan JTMK menuju ke arah pengauditan dari MQA.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis.





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...

AKTIVITI : Ringkasan Aktiviti Sesi Disember 2018 (Bahagian 3)...

Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak JTMK PMS sepanjang sesi Disember 2018. .Bahagian 3. (15 Mac 2019) CSR di Tadika Pintar Al-Quran Kakitangan JTMK PMS bersama pelajar-pelajar dari Kelab Teknologi Maklumat telah menjalankan program khidmat masyarakat dengan mengecat bangunan di Tadika Pintar Al-Quran, Muadzam Shah. (20-21 Mac 2019) Technology Fun Festival 2019 Technology Fun Festival 2019 (TechFest2019) adalah program yang menggabungken beberapa aktiviti utama yang dianjurkan oleh JTMK KPMS. Antara yang berlangsung adalah E-Games, gerai jualan, zumba, dan pameran pembentangan akhir FYP (DICE).