Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Pendaftaran Bagi Pelajar Senior JTMK PMS Sesi Disember 2013...

Perhatian kepada semua pelajar senior (semester 2 hingga 6) DIP & DNS bagi sesi Disember 2013. JTMK PMS akan menggunakan kaedah baru bagi pendaftaran pelajar senior bagi sesi Disember 2013 ini.

Pelajar senior akan mula mendaftar kamsis pada 27 November 2013 (Rabu). Pada hari tersebut, pelajar hanya akan menguruskan pendaftaran bilik dan segala berkaitan dengan kamsis, manakala pendaftaran pengajian akan dilakukan pada 29 November 2013 (Jumaat), jam 3.00 hingg 5.00 petang. Namun, sesi pendaftaran pengajian ini bergantung kepada kehadiran pelajar pada program Hari Bersama Jabatan (28 November 2013) dan Gotong-royong Perdana (29 November 2013). Pelajar WAJIB hadir ke semua program ini.

Hari Bersama Jabatan akan diadakan pada 28 November 2013 (Khamis). Program dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu sesi Taklimat Bersama Pelajar (8.00 pagi hingga 1.00 tengahari) dan sesi kedua ialah Konsultansi Bersama PA (2.30 hingga 4.00 petang). Selepas tamat sesi taklimat, setiap pelajar akan diberikan PASS-Ticket Informasi. Selepas tamat sesi konsultasi pula, pelajar akan diberikan PASS-Ticket Konsultasi. Dan pelajar akan diberi PASS-Ticket Komuniti apabila hadir ke Gotong-royong Perdana pada 29 November 2013 (Jumaat) jam 8.00 pagi. Jadi, pelajar WAJIB memiliki 3 PASS-Ticket bagi membolehkan pelajar mendaftar pengajian pada 29 November 2013 (Jumaat) jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Atas arahan Ketua Jabatan, pelajar tidak layak mendaftar jika tidak menyertakan ketiga-tiga PASS-Ticket ini sewaktu mendaftar. Sehubungan dengan itu, pastikan setiap pelajar hadir bagi membolehkan anda mendapat ketiga-tiga PASS-Ticket ini.

Prosedur ini HANYA BAGI PELAJAR JTMK PMS SESI DISEMBER 2013. Pelajar jangan terkeliru dengan peraturan pendaftaran bagi pelajar jabatan lain. Segala perubahan ini adalah berdasarkan arahan Ketua Jabatan JTMK PMS.

Berikut adalah gambaran ringkas bagi perjalanan Hari Pendaftaran Pelajar Senior JTMK PMS bagi sesi Disember 2013.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi PENASIHAT AKADEMIK (PA) masing-masing.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...