Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Maklum Balas Pelajar Untuk Semester Pendek 2014...

Pihak JTMK PMS ingin mendapatkan maklum balas pelajar bagi pelaksanaan semester pendek (Short sem) bagi tahun ini. Semester pendek ini akan bermula selepas tamat minggu peperiksaan dan akan berlansung selama 6 minggu.

Sehubungan itu, pihak JTMK PMS ingin mendapatkan maklum balas jika ada pelajar yang berminat untuk mengikuti semester pendek ini.

Berikut adalah antara peraturan dan ketetapan berkaitan semester pendek;
  • Terbuka kepada pelajar JTMK PMS semester 1 hingga 6
  • Setiap pelajar boleh memohon untuk 2 subjek sahaja.
  • Untuk setiap subjek, minimum pelajar adalah 10 orang. jika tidak mencukupi, subjek itu tidak akan ditawarkan.
  • Keutamaan kepada pelajar yang ingin repeat subjek dan yang ingin menamatkan semester
  • Subjek yang dipilih tidak mempunyai pra-syarat bagi kursus yang diambil semester ini.
  • Setiap permohonan pelajar akan dipertimbangkan oleh pihak jabatan, namun pihak jabatan berhak menolak permohonan itu jika tidak menepati syarat
Untuk mendapatkan makluman lebih terperinci mengenai syarat dan pelaksanaan semester pendek, pelajar boleh menghubungin Ketua Program DIP & DNS, serta pegawai peperiksaan jabatan.

Jika ada yang berminat, sila maklumkan selewat-lewatnya 23 April 2014 (Khamis).

Mohon untuk dihebahkan kepada pelajar yang berminat.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...