Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : JTMK Juara SUKMAS 2016...

Ucara penutup Sukan PMS (SUKMAS) telah diadakan pada 8 Mac 2016 di Kompleks Sukan. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan semangat yang telah ditunjukkan warga JTMK secara keseluruhannya, JTMK telah dinobatkan sebagai Juara SUKMAS 2016...

Pelbagai acara telah dipertandingkan dan mendapat penyertaan dari pelajar dan kakitangan. JTMK telah berjaya memenangi beberapa acara utama dan mendapat kutipan mata tertinggi.

Pihak pengurusan JTMK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan SUKMAS kali ini. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjuang hingga membawa kejayaan gemilang ini. Terima kasih juga kepada kakitangan dari unit-unit lain yang bergabung dengan JTMK sepanjang acara kali ini. Unit-unit yang terlibat adalah Unit HEP, UIDM, Pengurusan dan pejabat TPA. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua.

Untuk rekod, JTMK adalah naik juara bagi SUKMAS 2015, iaitu edisi pertama pertandingan. Tahun ini kita telah berjaya menjadi juara dan merupakan satu peningkatan yang ketara dalam edisi kedua ini. Semoga JTMK akan kekal juara untuk edisi seterusnya.

Berikut adalah maklumah penuh pemenang SUKMAS 2016 dan antara gambar yang sempat dirakam sepanjang kejohanan berlangsung.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keputusan Akhir SUKMAS 2016


Johan Keseluruhan = JTMK (24 Emas, 16 Perak, 18 Gangsa = 298 Mata)
Tempat Kedua = JKM (14 Emas, 22 Perak, 14 Gangsa = 243 Mata)
Tempat Ketiga = JP (12 Emas, 12 Perak, 11 Gangsa = 162 Mata)
Tempat Keempat = JPH (9 Emas, 12 Perak, 13 Gangsa = 130 Mata)
Tempat Kelima = JRKV (8 Emas, 5 Perak, 11 Gangsa = 95 Mata)

JOHAN JABATAN Bagi acara;

Nasyid : JRKV
Bola Jaring : JTMK
Bola Sepak : JTMK
Catur : JTMK
Futsal : JP
Bola Keranjang : JP
Live Band : JKM
Bola Tampar : JTMK
Polo Air : JTMK
Petanque : JRKV
Ragbi : JKM
Sepak Takraw : JKM
Olahraga : JTMK
Jogathon : JTMK

Olahragawan SUKMAS 2016
= MOHAMMAD NASRUDDIN BIN ABDULLAH (JKM)

Olahragawati SUKMAS 2016
= NURZARINAH BINTI ZAKARIA (JTMK)

Olahragawan PMS 2015
= AHMAD SYAFIQ BIN NASARUDDIN (JTMK)

Olahragawati PMS 2015
= SYAFARUL SYAZA WANI BINTI MANSOR (JPH)

Anugerah Kelab Kokurikulum Berkredit Terbaik
= KELAB KEUSAHAWANAN

Anugerah Kelab Terbaik (Tidak Berkredit)
= Pembimbing Rakan Siswa

Penyokong Terbaik = JTMK

Kontigen Perbarisan Terbaik = JPH

Khemah Terbaik = JP

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang...










Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.