JTMK PMS telah menghantar 14 orang pelajar untuk menyertai program Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 29 Jun 2016 (Rabu) Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Peserta : 12 orang pelajar DIP semester 5 dan 2 orang pelajar DNS sem 5 Dalam program ini, pelajar diberi penerangan mengenai inovasi dan pelajar juga diberi tugasan dan perlu melalui proses pembentangan. Pembentangan ini dinilai dan diberikan hadiah. Peserta JTMK PMS telah berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dari keseluruhan peserta yang terlibat. Tahniah dari kami warga JTMK atas kejayaan anda. Pemenang tempat ke-2 Pemenang tempat ke-5