Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge...

JTMK PMS telah menghantar 14 orang pelajar untuk menyertai program Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Berikut adalah maklumat program;
  • Tarikh : 29 Jun 2016 (Rabu)
  • Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya
  • Peserta : 12 orang pelajar DIP semester 5 dan 2 orang pelajar DNS sem 5
Dalam program ini, pelajar diberi penerangan mengenai inovasi dan pelajar juga diberi tugasan dan perlu melalui proses pembentangan. Pembentangan ini dinilai dan diberikan hadiah.

Peserta JTMK PMS telah berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dari keseluruhan peserta yang terlibat. Tahniah dari kami warga JTMK atas kejayaan anda.

Pemenang tempat ke-2

Pemenang tempat ke-5


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...