Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : IT Exibition 2016...

JTMK PMS telah menganjurkan IT Exibition (ITEx) 2016 pada 05 dan 06 Oktober 2016 yang lalu. Program ini melibat dua acara utama iaitu Pembentangan Projek Akhir Pelajar yang diadakan pada 05 Oktober, manakala Seminar Kerjaya IT diadakan pada 06 Oktober 2016. Program ini diadakan di Dewan Besar, PMS.

Bagi Pembentangan Projek Akhir Pelajar, sebanyak 60 kumpulan projek daripad kursus DFT6124 Project dan FN621 Networking Project terlibat bagi membentangkan projek mereka. Mereka dinilai oleh 2 orang pensyarah jabatan dan 10 terbaik dipilih untuk penilaian kedua bersama pihak industri pada 06 Oktober 2016. Pihak jabatan juga telah menyediakan hadiah bagi 4 kumpulan terbaik DIP dan 4 kumpulan terbaik DNS. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi;


Pada 06 Oktober 2016, seminar kerjaya telah disampaikan oleh En. Khairul Nizar, wakil dari pihak MZK Academy Sdn. Bhd. Banyak input penting telah disampaikan berkaitan kerjaya IT kepada para pelajar, yang juga merupakan pelaar semester akhir DIP & DNS. Pada sebelah petang, En. Khairul Nizar telah menjadi panel khas untuk menilai 10 kumpulan projek terbaik yang telah dipilih.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.














































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...