Langkau ke kandungan utama

JTMK Terbaik 2016...

Tahun 2016 akan kekal diingati sebagai tahun berjaya untuk JTMK PMS. Pelbagai kejayaan telah dirangkul sepanjang tahun 2016.

Berikut adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan dan kejayaan yang dicapai.

AKTIVITI

PENCAPAIAN

1 ) Sukan Politeknik Muadzam Shah (Sukmas)
  • Tarikh : Sepanjang Februari dan Mac 2016
  • Tempat : Kompleks Sukan PMS
  • Pencapaian :
    • Juara Keseluruhan (24 Emas, 16 Perak, 18 Gangsa = 298 Mata)
    • Olahragawan dan Olahragawati Sukmas

2 ) Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge
  • Tarikh : 29 Jun 2016
  • Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya
  • Pencapaian : 
    • Tempat ke-2 dan ke-5

3 ) Techcreavery 2016
  • Tarikh : 17 - 18 Oktober 2016
  • Tempat : MDEC, Cyberjaya
  • Pencapaian : 
    • Johan kategori Hardware
    • Johan Kategori ICON



SELAMAT DATANG & SELAMAT TINGGAL

JTMK mengucapkan selamat datang kepada;

  • Pn. Atijah Bt. Marsithi (Ketua Jabatan JTMK) - Daripada Politeknik Merlimau, Melaka.
  • En. Khairudin B. Baharum - Daripada JRKV PMS

Tahniah juga kepada pensyarah yang menikmati kenaikan gred, iaitu;
  • En. Asyran Zarizi bin Abdullah - DH41 kepada DH44
  • En. Abd Aziz bin Bakeri - DH41 kepada DH44
  • Pn. Safiani binti Osman - DH41 kepada DH44
  • Pn. Rabi'atul Adawiyyah binti Ismail - DH41 kepada DH44
  • Pn. Siti Zaharah binti Sidek - DH41 kepada DH44

Dengan segala kejayaan yang kegemilangan yang dikecapi sepanjang 2016, diharapkan semua warga JTMK PMS akan lebih bersemangat untuk terus mencapai kejayaan sepanjang tahun 2017 ini.

Terima kasih kepada semua.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...