Langkau ke kandungan utama

Catatan

PENGUMUMAN : Maklum Balas Pelajar Untuk Semester Pendek 2014...

Pihak JTMK PMS ingin mendapatkan maklum balas pelajar bagi pelaksanaan semester pendek (Short sem) bagi tahun ini. Semester pendek ini akan bermula selepas tamat minggu peperiksaan dan akan berlansung selama 6 minggu. Sehubungan itu, pihak JTMK PMS ingin mendapatkan maklum balas jika ada pelajar yang berminat untuk mengikuti semester pendek ini. Berikut adalah antara peraturan dan ketetapan berkaitan semester pendek; Terbuka kepada pelajar JTMK PMS semester 1 hingga 6 Setiap pelajar boleh memohon untuk 2 subjek sahaja. Untuk setiap subjek, minimum pelajar adalah 10 orang. jika tidak mencukupi, subjek itu tidak akan ditawarkan. Keutamaan kepada pelajar yang ingin repeat subjek dan yang ingin menamatkan semester Subjek yang dipilih tidak mempunyai pra-syarat bagi kursus yang diambil semester ini. Setiap permohonan pelajar akan dipertimbangkan oleh pihak jabatan, namun pihak jabatan berhak menolak permohonan itu jika tidak menepati syarat Untuk mendapatkan makluman lebih terp...

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013...

Hari ini merupakan hari pertama Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013. Peperiksaan berlangsung dari 7 hingga 24 April 2014. Kami dari warga JTMK PMS ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan. Semoga semua pelajar JTMK PMS dapat menjawab setiap soalan dengan baik dan tepat. Pastikan anda bersedia sepenuhnya untuk menjawab peperiksaan kerana ianya penentu masa depan anda semua. Good luck.. Selamat berjaya...

AKTIVITI : Educational Innovative Development Activities 2014 (EIDA 2014)...

PMS telah menganjurkan Educational Innovative Development Activities 2014 (EIDA 2014) pada 31 Mac hingga 1 April 2014. Ekspo ini diadakan di Dewan Besar PMS dan melibatkan para pelajar dari semua jabatan utama. JTMK PMS telah menghantar 4 penyertaan untuk kategori Inovasi Teknologi dan 2 penyertaan untuk kategori Rancangan Perniagaan yang merangkumi pelajar dari kursus FP621 Programming Project, FN621 Networking Project, dan FP601 Cyberpreneurship. Berikut adalah keputusan bagi penyertaan pelajar untuk kali ini; KATEGORI INOVASI TEKNOLOGI PINGAT PESERTA TAJUK PROJEK EMAS MUHAMMAD SYARIFF BIN ARIPIN HOME SECURE APPLICATION NUR AZILARINA BINTI MOHD TERMEZAI AZAN FAIZ BIN AHMAD NOOR RISHINDRA RAO A/L SUBRUMANIUM IVORY INN REGISTRATION SYSTEM MUHAMMAD WAZIF BIN MUSTAFA MOHAMAD NORAZMIRUL ASHYRAFF BIN AZIZI PERAK ENGKU AMEERULBAHRI BIN ENGKU YUSOFF ...

PENGUMUMAN : Network Security Seminar...

 JTMK akan menganjurkan Network Security Seminar bagi sesi Disember 2014. Seminar ini melibatkan pelajar yang mengambil kursus FP611 Information System Security dan FN61 Network Security. Sedikit berkenaan dengan Network Security Seminar, program ini di rancang bagi mewujudkan kesedaran kepada semua penguna internet tentang bahayanya penggunaan internet tanpa pengetahuan terhadap keselamatan internet, di samping bagi memenuhi tuntutan silibus dalam kerja tugas "Problem Based Task" pelajar. Oleh hal yang demikian, sedikit perkongsian ilmu ini di lihat memberi nilai tambah yang positif kepada pengguna internet khasnya dalam menggunakan internet secara selamat. Kumpulan 3 kelas pelajar, kesemuanya 88 orang = 21 kumpulan, akan mempamerkan hasil kerja mini mereka berkenaan serangan-serangan yang biasanya menyerang penggunaan internet, demonstrasi ringkas bagaimana ia berlaku, dan cara atau kaedah mengatasi serangan ini. Berikut adalah ketetapan program; Tarikh ...

AKTIVITI : Taklimat Unisel...

Hari ini telah diadakan satu sesi taklimat oleh pihak Universiti Selangor (Unisel) kepada pelajar semester akhir JTMK. Antara intipati taklimat adalah untuk memperkenalkan Unisel dengan lebih dekat kepada pelajar, terutamanya mengenai Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat di Unisel. Malah, wakil Unisel, En. Azhar turut memberi penerangan tentang kemudahan yang disediakan kepada pelajar, terutamanya pelajar IT politeknik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Unisel. Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan;

PENGUMUMAN : Temuduga Terbuka Syarikat Podoyo Plastics (M) Sdn. Bhd...

Syarikat Podoyo Plastics (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan sesi temuduga terbuka kepada pelajar semester akhir JTMK untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan di syarikat berkenaan. Berikut adalah maklumat sesi temuduga tersebut; Tarikh : 25 Mac 2014 Masa : 2.00 hingga 5.00 petang       Tempat : Bilik Seminar ULPL Sehubungan itu, pelajar yang berminat untuk cuba mengisi kekosongan jawatan ini bolehlah hadir pada sesi temuduga yang telah ditetapkan.