Langkau ke kandungan utama

Rangkuman Aktiviti JTMK..

Untuk entry kali ni, saya kongsikan gambar aktiviti yang dianjurkan JTMK sepanjang awal tahun 2012. Aktiviti ini berlangsung sepanjang bulan Januari, Februari dan awal Mac.

07 Januari 2012 - Sesi Dialog JTMK.

Sesi dialog dan taklimat ini telah diadakan di Dewan Kuliah Utama. Program ini memberi maklumat dan informasi kepada para pelajar mengenai beberapa perkara utama yang perlu diketahui oleh pelajar. Antaranya ialah mengenai MQA, OBE, disiplin, hal ehwal pelajar, Penasihatan Akademik dan banyak lagi. Taklimat turut dihadiri hampir kesemua pensyarah JTMK.







13 Januari 2012 - Majlis Penyerahan Baucher Buku 1 Malaysia.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada Bajet 2012 yang lalu, satu majlis telah diadakan untuk menyampaikan baucher tersebut kepada wakil pelajar PMS. Majlis telah diadakan di Dewan Utama, PMS dan telah dirasmikan oleh Timbanaln Menteri Sumber Manusia, Senator Dato' Maznah Mazlan.






07 Februari 2012 - Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul.

Pihak Warden dengan kerjasama JPP & JPKK telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat PMS. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan nasyid. Pertandingan ini diadakan di dewan Kuliah Utama dan disertai oleh wakil-wakil dari jabatan utama. Pertandingan dimenangi oleh wakil dari Jabatan Perdagangan.







10 Februari 2012 - Gotong-royong

JTMK menganjurkan gotong-royong bagi pelajar dan pensyarah untuk membersihkan bilik kuliah dan juga makmal komputer. Pelajar dibahagikan mengikut PA masing-masing dan ditugaskan membersih bilik kuliah dan makmal komputer yang diselia oleh JTMK.



21 - 22 Februari 2012 - Kursus Online Survey

JTMK menganjurkan Kursus Membangunkan Online Survey untuk pensyarah dan juga pegawai dari unit di PMS. Kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk membangunkan survey / kajian selidik secara online. Kursus disampaikan oleh Mazniha (JTMK) & Eliza (JKM).



02 Mac 2012 - Jamuan Perpisahan En. Nirza Yusniezam

En. Nirza Yusniezam telah bertukar ke Politeknik Mukah, sarawak dan satu jamuan ringkas telah diadakan. Jamuan ini turut disertai oleh rakan pensyarah dan kakitangan dari JTMK & JRKV.




02 Mac 2012 - Taklimat InfoSys

JTMK telah memberi taklimat mengenai program InfoSys yang akan dilaksanakan di PMS secara berperingkat. Taklimat ini melibatkan pelajar semester 4, 5 & 6. Taklimat disampaikan oleh penyelaras InfoSys JTMK PMS, Cik Rosilawati.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Pembentangan Akhir Projek Pelajar Sesi Jun 2017...

Pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang mengikuti kursus DFT6124 Project telah terlibat dengan sesi pembentangan akhir projek pelajar pada 19 September 2017 yang lalu. Seramai 63 kumpulan pelajar dari program DIP & DNS telah membentangkan projek akhir mereka di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS. Pelbagai bentuk projek telah dibangunkan dan dibentangkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan bagi kursus DFT6124 Project. Pelajar dinilai oleh 2 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai. Kumpulan yang terbaik akan membentangkan kembali projek mereka di hadapan panel khas pada minggu berikutnya. Berikut antara gambar semasa sesi pembentangan diadakan.

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang membang