Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Pertandingan Simulasi Robot Soccer...

Semalam telah diadakan pertandingan simulasi robot soccer. pertandingan ini dianjurkan oleh JTMK dan berlangsung di Dewan Utama, PMS.

Pertandingan ini disertai oleh para pelajar dari semester 4 hingga 6 yang melibatkan 13 kumpulan kesemuanya. Perlawanan menggunakan format liga satu pusingan untuk peringkat awal. Juara setiap kumpulan mara untuk saingan separuh akhir. Pemenang akan ke perlawanan akhir, manakala penetuan tempat ke 3 dan 4 turut diadakan.

Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan Ombak Rindu yang diwakili oleh Azri Rafiuddin, Khairul Nazrin dan Lim Kian Hong. Kemenangan mereka menepati ramalan kerana mereka memiliki pengalaman dalam pertandingan robot soccer sebelum ini.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ;



Juara
(Kumpulan Ombak Rindu)
1. Muhammad Azri Rafiuddin (DIP6 S1)
2. Mohd Khairul Nazrin (DIP6 S1)
3. Lim Kian Hong (DIP6 S1)



Naib Juara
(Kumpulan RSA)
1. Mohamad Sahrizal (DIP6 S2)
2. Mohamad Adil Hakimi (DIP6 S2)
3. Muhammad Solihin (DIP6 S2)


Tempat Ke-3
(Kumpulan Gunbound)
1. Shaiful Izwan (DIP5 S2)
2. Mohamad Zahid (DIP5 S2)
3. Mohamad Safwan (DIP5 S2)





Tempat Ke-4
(Kumpulan Alienware)
1. Muhammad Syahmi (DIP4 S2)
2. Nor Azlin (DIP4 S2)
3. Mohd Nazirul (DIP4 S2)


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...