Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir...

Kepada semua pelajar JTMK, saya dan para pensyarah ingin mengucapkan selamat berjaya untuk peperiksaan akhir yang akan bermula Isnin ini.  Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah... Buatlah persiapan awal. Dapatkan tidur yang mencukupi. Jangan main-main lagi dan fokus pada peperiksaan. Yang penting sekali, dapatkan restu dari ibu, bapa, dan para pensyarah anda. InsyaAllah, anda semua mampu lakukan... Jangan jadi macam dalam gambar ni, ok... Good luck...

AKTIVITI : Taklimat Dari UUM...

Wakil dari College Of Art & Science, Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang mengadakan roadshow bagi memperkenalkan lagi UUM kepada masyarakat, terutamanya pelajar politeknik seluruh Malaysia. Hari ini, mereka singgah di PMS untuk bertemu pelajar semester 5 & 6 JTMK bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenaii UUM. En. Abd Razak, En, Baharuddin & En. Azizi merupakan wakil UUM yang hadir untuk memberi taklimat. Mereka adalah pensyarah dari School of Information Technology, College Of Art & Science, UUM. Taklimat mereka menjurus kepada cara memohon untuk ke UUM dan memperkenalkan UUM kepada pelajar. Pelbagai cenderamata diedarkan kepada pelajar sebagai kenang-kenangan. Semoga pelajar yang hadir dapat sebanyak mungkin maklumat mengenai UUM. Mungkin maklumat ini dapat membantu bagi sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringat ijazah.

AKTIVITI : Makan Malam & Penutup Hari IT...

Kelab IT telah menganjurkan Makan Malam & Penutup Hari IT untuk sesi Disember 2011. Majlis telah berlangsung di Dewan Utama, PMS pada 16 April 2012 bermula jam 9 malam. Antara yang hadir ialah para pensyarah JTMK, Ketua Jabatan JTMK, JMSK & JRKV. Setelah menyambut ketibaan para pensyarah dan VIP jemputan, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku & Politeknik, dan disusuli dengan bacaan doa. Ketua Jabatan JTMK, Puan Fazilah Ismail kemudian menyampaikan ucapan alu-aluan dan juga sekaligus merasmikan logo baru Kelab IT yang diselitkan dengan gimik yang menarik. Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang untuk pertandingan projek akhir pelajar, pertandingan mini-project HCI , pertandingan game contest dan juga cabutan bertuah. Selesai sesi penyampaikan hadiah, semua hadirin dijemput menjamu selera sambil diiringi oleh persembahan nyanyi dari para pelajar. Pihak JTMK mengucapkan sekalung tahniah kepada Kelab IT kerana berjay

AKTIVITI : Pertandingan Projek Akhir Pelajar Sesi Dec 2011...

Hari ni telah diadakan sesi perbentangan projek akhir pelajar yang juga pertandingan bagi mencari projek terbaik. Program telah diadakan di Dewan Utama bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Program turut disertai dengan sesi perbentangan mini-project Human Computer Interaction (HCI). Berikut adalah senarai pemenang untuk pertandingan projek akhir pelajar ; Pertama KL Trip (iPhone Apps) - Mohd Khairul Nazrin  - Lim Kian Hong Kedua JPP Election System - Nur Sharina  - Nurul Ain Ketiga Clinic Management System (CMS) - Rismaizal  - Mohammad Fikri

PENGUMUMAN : Pertandingan Projek Akhir Pelajar...

JTMK PMS akan menganjurkan Pertandingan Projek Akhir Pelajar yang melibatkan pelajar semester akhir yang mengambil kursus F5228. Berikut adalah maklumat aktiviti ;                    Tarikh    :  16 April 2012 (Isnin)                    Masa     :  8.00 pagi hingga 5.00 petang                    Tempat  :  Dewan Utama, PMS Semua pelajar dijemput untuk hadir dan menyaksikan pameran projek akhir pelajar yang bertanding. Bersama-sama dengan pameran projek akhir ini, turut diadakan pameran bagi mini-projek kursus Human Computer Interaction (HCI). Pelajar semester 4 & 5 terlibat dalam pameran mini-projek ini. Mohon untuk maklumkan juga kepada pelajar dan pensyarah dari jabatan lain untuk turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

AKTIVITI : Taklimat Penyediaan Dokumen Akhir & Sesi Perbentangan F5228...

Pada 10 April lalu, sesi taklimat khas telah diadakan kepada pelajar semester 6 yang telibat dengan projek akhir F5228. Taklimat ini adalah mengenai penyediaan dokumen akhir dan sesi perbentangan projek akhir mereka. Taklimat diadakan di Dewan Kuliah Utama (DKU) pada jam 2.30 petang.

PENGUMUMAN : Taklimat Kepada Pelajar F5228 Project...

Kepada pelajar DIP 6 yang mengambil kursus F5228 Project, satu sesi taklimat akan diadakan pada 10 April 2012. Berikut adalah maklumat untuk taklimat ini; Tarikh : 10 April 2012 Masa : 2.30 petang Tempat : Dewan Kuliah Utama (DKU) Taklimat ini adalah mengenai penyediaan dokumen akhir untuk projek pelajar dan juga sesi perbentangan akhir yang bakal diadakan. Sehubungan itu, para pelajar yang masih kurang faham tentang penyediaan dokumen akhir dan juga sesi perbentangan, boleh mengajukan terus soalan kepada Penyelaras Projek Akhir. Kehadiran setiap pelajar adalah WAJIB. Sila maklumkan kepada semua rakan-rakan yang terlibat untuk hadir sesi taklimat ini. Harap maklum.