Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Makan Malam & Penutup Hari IT...

Kelab IT telah menganjurkan Makan Malam & Penutup Hari IT untuk sesi Disember 2011. Majlis telah berlangsung di Dewan Utama, PMS pada 16 April 2012 bermula jam 9 malam.

Antara yang hadir ialah para pensyarah JTMK, Ketua Jabatan JTMK, JMSK & JRKV. Setelah menyambut ketibaan para pensyarah dan VIP jemputan, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negara Ku & Politeknik, dan disusuli dengan bacaan doa. Ketua Jabatan JTMK, Puan Fazilah Ismail kemudian menyampaikan ucapan alu-aluan dan juga sekaligus merasmikan logo baru Kelab IT yang diselitkan dengan gimik yang menarik.

Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang untuk pertandingan projek akhir pelajar, pertandingan mini-project HCI, pertandingan game contest dan juga cabutan bertuah. Selesai sesi penyampaikan hadiah, semua hadirin dijemput menjamu selera sambil diiringi oleh persembahan nyanyi dari para pelajar.















Pihak JTMK mengucapkan sekalung tahniah kepada Kelab IT kerana berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan suasana dan penganjuran yang lebih baik dan lebih meriah.

Syabas dari kami...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...