Langkau ke kandungan utama

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir...

Kepada semua pelajar JTMK, saya dan para pensyarah ingin mengucapkan selamat berjaya untuk peperiksaan akhir yang akan bermula Isnin ini.  Semoga anda semua mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah...

Buatlah persiapan awal. Dapatkan tidur yang mencukupi. Jangan main-main lagi dan fokus pada peperiksaan. Yang penting sekali, dapatkan restu dari ibu, bapa, dan para pensyarah anda. InsyaAllah, anda semua mampu lakukan...

Jangan jadi macam dalam gambar ni, ok...

Good luck...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Pembentangan Akhir Projek Pelajar Sesi Jun 2017...

Pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang mengikuti kursus DFT6124 Project telah terlibat dengan sesi pembentangan akhir projek pelajar pada 19 September 2017 yang lalu. Seramai 63 kumpulan pelajar dari program DIP & DNS telah membentangkan projek akhir mereka di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS. Pelbagai bentuk projek telah dibangunkan dan dibentangkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan bagi kursus DFT6124 Project. Pelajar dinilai oleh 2 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai. Kumpulan yang terbaik akan membentangkan kembali projek mereka di hadapan panel khas pada minggu berikutnya. Berikut antara gambar semasa sesi pembentangan diadakan.

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang membang