Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Maklumat Sempena Hari Pendaftaran Pelajar Senior JTMK PMS Sesi Jun 2013...

Perhatian kepada semua pelajar senior JTMK PMS bagi sesi Jun 2013.

Sesi pendaftaran pelajar senior untuk pelajar JTMK PMS akan diadakan seperti berikut ;


  • Tarikh : 19 Jun 2013
  • Tempat : Pejabat JTMK (Bersama Penasihat Akademik)
  • Masa : 2.00 hingg 4.00 petang.
Pelajar perlu mengikuti masa pendaftaran yang telah ditetapkan kerana hanya itu masa yang diperuntukkan bagi pendaftaran pelajar JTMK PMS.

Untuk makluman juga, selesai sesi pendaftaran, pelajar tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana ada aktiviti yang disediakan untuk pelajar.

Buat julung kalinya, JTMK akan menganjurkan pertandingan sukan antara kelas untuk pelajar JTMK PMS. Acara yang terlibat adalah futsal (lelaki) dan bola jaring (perempuan). Setiap kelas perlu menghantar wakil untuk kedua-dua acara ini. Pertandingan ini akan diadakan selama dua hari.

Berikut adalah maklumat acara;
  • Tarikh : 20 - 21 Jun 2013
  • Lokasi : Kompleks Sukan PMS
  • Acara : Futsal (Lelaki) & Bola jaring (Perempuan)
  • Pelajar perlu berkumpul di Kompleks Sukan jam 9.00 pagi (20 Jun 2013)
Kehadiran pelajar adalah WAJIB.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.