Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Majlis Mega Tadarus JTMK...

Majlis Mega Tadarus JTMK telah diadakan pada 30 Julai 2013 yang lalu. Majlis bermula dengan solat Zohor berjemaah. Selesai solat, sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Taha dari JPA.

Pelajar kemudian dibahagikan mengikut kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang pensyarah. Pelajar dan pensyarah membaca mengikut giliran dalam kumpulan berdasarkan surah yang telah ditetapkan. Sesi tadarus berjalan dengan lancar dan majlis khatam diketuai oleh En. Johanas. Majlis diakhiri dengan solat Asar berjemaah. Makanan untuk berbuka puasa kemudian diagihkan kepada semua pelajar yang terlibat.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis;


























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...