Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Hari Terbuka JTMK

JTMK dengan kerjasama Unit Keusahawanan PMS telah menganjurkan Hari Terbuka & Seminar Pengaturcaraan Dalam Automasi Dan Industri Robotik. Berikut adalah maklumat program;
  • Tarikh : 01 Oktober 2013 (Selasa)
  • Masa : 8.00 am - 5.00 pm
  • Tempat : DKU (Seminar) & Perkarangan JTMK (Hari Terbuka)

Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan perasmian oleh timbalan Pengarah PMS, Pn. Khuzaimah yang juga turut dihadiri oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit. Turut diundang adalah penceramah bagi seminar.

Selesai perasmian, tetamu dibawa menjamu selera dan melawat gerai jualan di JTMK. Pada masa yang sama, berlangsung pertandingan CISCO Aspire Game. Pertandingan ini berlangsung di Makmal MSKD1. Pertandingan ini dikelolakan oleh En. Abd Aziz dan En. Riki.

Sepanjang hari, pelajar terlibat dengan gerai jualan di sekitar JTMK. Pelbagai acara sampingan telah diadakan bagi memeriahkan majlis seperti kuiz keusahawanan, teka-teki, dan cabutan bertuah.

 Majlis penutup danpenyampaian hadiah berlangsung di perkarangan JTMK sekitar jam 4.30 petang. JTMK selaku penganjur bersama merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program;





























































































































































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Ringkasan Aktiviti Sesi Disember 2018 (Bahagian 3)...

Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak JTMK PMS sepanjang sesi Disember 2018. .Bahagian 3. (15 Mac 2019) CSR di Tadika Pintar Al-Quran Kakitangan JTMK PMS bersama pelajar-pelajar dari Kelab Teknologi Maklumat telah menjalankan program khidmat masyarakat dengan mengecat bangunan di Tadika Pintar Al-Quran, Muadzam Shah. (20-21 Mac 2019) Technology Fun Festival 2019 Technology Fun Festival 2019 (TechFest2019) adalah program yang menggabungken beberapa aktiviti utama yang dianjurkan oleh JTMK KPMS. Antara yang berlangsung adalah E-Games, gerai jualan, zumba, dan pameran pembentangan akhir FYP (DICE).

AKTIVITI : Pembentangan Proposal Projek Akhir Pelajar...

Pada 20 Ogos yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan proposal projek akhir pelajar bagi kursus FP521 Project Analysis & Design dan FN521 Network Project Analysis & Design. Kira-kira 54 kumpulan pelajar DIP dan DNS terlibat dengan pembentangan ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pembentangan berlangsung;

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.