Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Lawatan Akademik Kakitangan UniKL ke JTMK PMS...

Pada 02 Oktober lalu, seramai 4 orang kakitangan UniKL telah melakukan lawatan akademik ke JTMK PMS. Lawatan ini adalah lawatan balas dari pihak UniKL bagi meneruskan lagi perbincangan bagi kolaborasi di antara JTMK PMS dengan UniKL .

Mereka tiba di JTMK sekitar jam 9.30 pagi dan mereka dijamu dengan sarapan sebelum sesi mesyuarat diadakan di antara mereka dan pensyarah JTMK. JTMK diketuai oleh KP DIP, Pn. Harzulaili dan KP DNS, Pn. Fazilah. Mesyuarat dimulakan dengan penerangan mengenai JTMK dan PMS oleh Cik Rafizah. Kemudian mesyuarat diteruskan dengan agenda utama iaitu perbincangan mengenai pemetaan kurukulum di antara pelajar JTMK dengan kurikulum ijazah IT di UniKL. Ini bagi memudahkan urusan pemindahan kredit jika pelajar JTMK PMS berminat melanjutkan pengajian je peringkat ijazah di UniKL.

Pada sebelah petang, pihak UniKL telah memberikan taklimat kepada pelajar tahun akhir DIP dan DNS mengenai program ijazah mereka. Taklimat ini turut dihadiri oleh pensyarah JTMK.

Semoga dengan kedatangan pihak UniKL ini memberi lebih banyak manfaat kepada JTMK, khususnya para pelajar.

Berikut antara gambar yang sempat dirakam sekitar program;










































































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...