ISU KENDERAAN PELAJAR MAKLUMAN DARIPADA PENGARAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH Para pelajar PMS yang dikasihi, Pihak pengurusan menyedari keresahan sebahagian pelajar terhadap peraturan melarang membawa kenderaan ke PMS. Namun tindakan ini perlu dilaksanakan bagi menjamin keharmonian dan keselamatan warga PMS. Sebagaimana dimaklumi, pihak Politeknik tidak membenarkan pelajar membawa kenderaan seperti yang termaktub dalam peraturan politeknik. Peraturan ini dikecualikan bagi: Pelajar yang tidak menduduki kamsis Pelajar yang memenuhi kriteria khas yang telah ditetapkan Memandangkan jumlah kenderaan yang banyak diletakkan di luar pintu pagar PMS pada hujung semester lepas, maka atas faktor keselamatan pihak pengurusan PMS telah membenarkan pelajar meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pelajar juga telah dimaklumkan sekali lagi mengenai larangan membawa kenderaan di Politeknik. Dalam jangka masa kebenaran sementara membawa masu