Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Amanat Dari Pengarah Mengenai Isu Membawa Kenderaan...

ISU KENDERAAN PELAJAR
MAKLUMAN DARIPADA
PENGARAH POLITEKNIK MUADZAM SHAH

Para pelajar PMS yang dikasihi,

Pihak pengurusan menyedari keresahan sebahagian pelajar terhadap peraturan melarang membawa kenderaan ke PMS. Namun tindakan ini perlu dilaksanakan bagi menjamin keharmonian dan keselamatan warga PMS.

Sebagaimana dimaklumi, pihak Politeknik tidak membenarkan pelajar membawa kenderaan seperti yang termaktub dalam peraturan politeknik. Peraturan ini dikecualikan bagi:
  1. Pelajar yang tidak menduduki kamsis
  2. Pelajar yang memenuhi kriteria khas yang telah ditetapkan
Memandangkan jumlah kenderaan yang banyak diletakkan di luar pintu pagar PMS pada hujung semester lepas, maka atas faktor keselamatan pihak pengurusan PMS telah membenarkan pelajar meletakkan kenderaan di kawasan yang telah dikhaskan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pelajar juga telah dimaklumkan sekali lagi mengenai larangan membawa kenderaan di Politeknik.

Dalam jangka masa kebenaran sementara membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan PMS didapati berlaku perlanggaran peraturan oleh pelajar. Selain itu pelbagai perkara yang tidak diingini juga berlaku. Di antaranya adalah seperti berikut:
  1. Pelajar meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan, seperti meletakkan kenderaan di kawasan kamsis dan perumahan staf
  2. Pelajar membawa kenderaan di laluan-laluan yang tidak dibenarkan
  3. Pelajar mengambil kesempatan untuk berdua-duaan berlainan jantina di dalam kenderaan dan melakukan perkara-perkara terlarang
  4. Berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di dalam kenderaan
  5. Berlaku kes-kes kecurian barangan peribadi pelajar
  6. Pelajar telah membawa barangan terlarang seperti rokok dan arak ke dalam kampus
  7. Berlaku kemalangan di dalam kampus akibat pelajar membawa kenderaan secara melulu dan melanggar peraturan lalu lintas. Pelajar juga melanggar peraturan keluar masuk kampus seperti yang termaktub dalam Buku Peraturan Politeknik
  8. Pelajar telah meletakkan kenderaan di kawasan pintu masuk utama PMS, yang membahayakan laluan keluar masuk berhampiran lebuhraya. Kawasan lebuhraya di hadapan pintu masuk PMS adalah kawasan merbahaya yang telah berlaku banyak kemalangan maut 
  9. Pelajar hilang adab dan nilai kesopanan, di mana pelajar bertengkar dengan penguatkuasa undang-undang di dalam kampus seperti pengawal keselamatan dan kakitangan Politeknik ini apabila ditegur kesalahan pemanduan yang dilakukan
  10. Kenderaan pelajar dijadikan tempat menyembunyikan barang-barang kesalahan yang boleh menyebabkan jenayah serius
Antara matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan generasi dan warga negara yang bertanggungjawab. Pengurusan PMS prihatin tentang soal pembentukan sikap, akal budi dan nilai-nilai mulia yang seharusnya menjadi amalan pelajar di politeknik ini. Justeru, Pengurusan PMS membuat keputusan meneruskan larangan membawa kenderaan ke Politeknik ini kecuali pelajar yang tidak menduduki kamsis dan pelajar yang memenuhi kriteria khas yang telah ditetapkan.

Bersamalah kita mengharmonikan persekitaran dan menjaga keselamatan kampus PMS. Selamat membina masa hadapan yang cemerlang di Politeknik Muadzam Shah.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
POLITEKNIK MUADZAM SHAH
28 November 2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...