Langkau ke kandungan utama

PENGUMUMAN : Larangan Membawa Kenderaan Bagi Pelajar PMS...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Tuan/Puan,

Untuk makluman bersama tindakan segera yang diambil sebagai langkah pencegahan membendung pelajar membawa Kenderaan di kawasan Politeknik Muadzam Shah walaupun makluman tentang larangan membawa kenderaan telah dimaklumkan sebelum ini.

LANGKAH SEMENTARA
(  Kenderaan di bawa oleh semasa pendaftaran pelajar senior walaupun memo / fb / whaspp dan pelbagai media social tentang larangan membawa kenderaan telah disebarkan )
 
  1. Kenderaan telah dibenarkan masuk ke kawasan letak kenderaan sementara ( Kawasan Letak Kenderaan berhampiran Komplek Sukan ). Untuk mengelakkan kesesakkan kenderaan dan factor keselamatan di hadapan pintu masuk Politeknik tetapi tidak dibenarkan membawa kenderaan untuk kebandar atau sebagainya. Kenderaan hanya dibenarkan untuk dibawa keluar dari kawasan parking sementara untuk pelajar bawa balik  ke kampung. Pengawal keselamatan telah dimaklumkan berkenaan perkara ini.
  2.  Pelajar diberi tempoh sehingga hujung minggu ini untuk membawa balik kenderaan yang dibawa danjika ingkar tindakkan tegas akan diambil . ( Taklimat telah diberi kepada pelajar ).Tindakkan ini perlu diambil perhatian serius dan tegas oleh semua pegawai disiplin yang dilantik.
  3. Rondaan mengejut akan dilakukan bersama pihak pengawal selepas tempoh hujung minggu ini berakhir.
  4. Edaran memo untuk  ibubapa akan diberikan kepada pelajar yang membawa kenderaan mengapa larangan membawa kenderaan ini dikuatkuasakan.
LANGKAH JANGKA PANJANG

  1. Borang permohonan kenderaan bagi pelajar yang  membawa kenderaan dan  memenuhi kriteria yang telah ditetapkan boleh memohon di HEP. ( Dilampirkan bersama – mohon dirujuk  )
  2. Pemantauan dan kuatkuasaan peraturan bersama Pengawal Keselamatan akan dijalankan dari masa ke semasa untuk memastikan hanya kenderaan pelajar  berdaftar sahaja yang layak dan dibenarkan untuk membawa kenderaan di politeknik .

Sekian, terima kasih.

Mohd Isa Bin Abdul Rahim
Pegawai Hal Ehwal Pelajar
( Kebajikan dan Disiplin )
Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Tel: 09-4502005 ext 1665
Faks: 09-4502009

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...