Langkau ke kandungan utama

Catatan

AKTIVITI : Gotong-royong Perdana PMS...

PMS telah menganjurkan Gotong-royong Perdana PMS. Gotong-royong ini melibatkan semua pelajar dan kakitangan PMS. Pelajar dan kakitangan dibahagikan kepada beberapa zon dan mereka bertanggungjawab membersih dan menyusun atur kawasan yang telah ditetapkan. Kawasan ini turut melibatkan kawasan akademik, pentadbiran, blok asrama pelajar, kuarters kakitangan, kafe dan sekitar PMS. Pihak PMS mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dari semua, tidak kira kakitangan mahu pun pelajar. Semoga kita semua mengekalkan kebersihan persekitaran untuk keselesaan bersama.

AKTIVITI : Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu MSK...

JTMK PMS telah menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012 untuk program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) - DIP, dan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) - DNS. Sesi pendaftaran bermula pada 8 Julai lalu, iaitu untuk pendaftaran kamsis. Para pelajar akan diberikan nombor pendaftaran pelajar dan juga bilik masing-masing. Pada 9 Julai pula, sesi pendaftaran pengajian pelajar telah diadakan di Dewan Utama PMS. sesi pendaftaran ini melibatkan setiap jabatan dan juga unit seperti unit kewangan, koperasi, perpustakaan dan banyak lagi. Selesai sesi pendaftaran pada 8 & 9 Julai, maka bermula Minggu Suai Kenal (MSK) sesi Jun 2012. Para pelajar diberikan pelbagai informasi mengenai politeknik dan juga program mereka. Aktiviti dalam kumpulan juga diadakan sambil dibantu oleh fasilitator terlibat. MSK berakhir pada 12 Julai. Sebelum upacara penutup, sesi Majlis Bersama Jabatan diadakan dan melibatkan pelajar baru dan juga pihak jabatan. Taklimat ringkas dib...

Selamat Datang & Selamat Kembali Ke JTMK PMS...

8 Julai 2012 - Pendaftaran Kamsis untuk pelajar baru 9 Julai 2012 - Pendaftaran Pengajian untuk pelajar baru 10 & 11 Julai 2012 - Pendaftaran Kamsis untuk pelajar lama Pihak JTMK PMS mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru yang akan mendaftar untuk sesi Jun 2012 ini, dan kepada pelajar lama, selamat kembali ke JTMK. Kepada pelajar baru, semoga anda dapat menyesuaikan diri dengan suasana di PMS. Pihak pengurusan telah melakukan yang terbaik untuk memastikan keselesaan anda mendaftar di PMS ni. InsyaAllah, segala urusan akan berjalan dengan lancar. Kepada pelajar lama, semoga anda akan dapat belajar dengan lebih selesa mulai semester ini. Terdapat banyak perubahan yang bakal anda lihat pada JTMK. Antaranya adalah penambahan dan pertukaran pensyarah, dan pertambahan jumlah lab komputer. Malah, komputer yang akan digunakan juga adalah komputer baru. Diharap setiap pelajar dapat memanfaatkan dan menjaga kemudahan ini dengan baik. Akhir kata, sekali lagi kami ucapkan sel...

AKTIVITI : Majlis Perpisahan Puan Nurul Faiza...

Hari ni merupakan hari terakhir Puan Nurul Faiza berkhidmat di JTMK, PMS. Bermula Isnin ini, beliau akan memulakan tugas baru di BPK, JPP. Sehubungan dengan itu, satu majlis ringkas telah diadakan bagi meraikan Puan Nurul Faiza untuk kali terakhir. Majlis diadakan di JTMK dan dihadiri oleh kakitangan JTMK. Buat Puan Nurul Faiza, kami di JTMK mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya di tempat baru. Diharapkan anda terus berjaya dalam kerjaya di tempat baru nanti. InsyaAllah...

PENGUMUMAN : My Campus Life Contest...

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan  My Campus Life Contest  di facebook YB Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dari 11 Jun – 1 Julai 2012. Melalui pertandingan ini, pelajar-pelajar boleh berkongsi kehidupan seharian mereka di kampus dengan YB Menteri Pengajian Tinggi dengan memuat naik rakaman gambar peribadi mereka di laman facebook beliau dan pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pemenang bertuah. Untuk keterangan lanjut mengenai pertandingan, pihak tuan boleh melayari facebook YB Menteri Pengajian Tinggi di alamat: http://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin. Kongsikan kehidupan seharian anda di kampus dengan YB Menteri Pengajian Tinggi melalui rakaman gambar peribadi dan anda bakal memenangi hadiah menarik. Untuk keterangan lanjut, sila layari  https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/app_95936962634 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN : a.       Pen...

PENGUMUMAN : Kursus Pendek...

JTMK akan menganjurkan Kursus Pendek kepada pihak luar yang berminat untuk mendalami mengenai komputer. Kursus seumpama ini dapat membantu masyarakat luar agar celik IT. Berikut adalah maklumat kursus yang bakal diadakan ; Kursus ini terbuka kepada semua yang berminat. Penyertaan berkumpulan (15 hingga 20 orang) juga dialu-alukan. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan kursus selain dari yang disenaraikan, anda boleh mencadangkan kursus kepada pihak JTMK, dan jika permohonan mencukupi (15 hingga 20 orang), JTMK akan menerima cadangan anda dan melaksanakan kursus tersebut. Jika anda melanggan dua kursus, anda hanya perlu membayar RM 50. Kepada pelajar, anda boleh turut sama mempromosikan kursus ini kepada masyarakat sekitar anda untuk memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Siti Norhidayah.