Langkau ke kandungan utama

Catatan

AKTIVITI : IT Exibition 2016...

JTMK PMS telah menganjurkan IT Exibition (ITEx) 2016 pada 05 dan 06 Oktober 2016 yang lalu. Program ini melibat dua acara utama iaitu Pembentangan Projek Akhir Pelajar yang diadakan pada 05 Oktober, manakala Seminar Kerjaya IT diadakan pada 06 Oktober 2016. Program ini diadakan di Dewan Besar, PMS. Bagi Pembentangan Projek Akhir Pelajar, sebanyak 60 kumpulan projek daripad kursus DFT6124 Project dan FN621 Networking Project terlibat bagi membentangkan projek mereka. Mereka dinilai oleh 2 orang pensyarah jabatan dan 10 terbaik dipilih untuk penilaian kedua bersama pihak industri pada 06 Oktober 2016. Pihak jabatan juga telah menyediakan hadiah bagi 4 kumpulan terbaik DIP dan 4 kumpulan terbaik DNS. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi; Pada 06 Oktober 2016, seminar kerjaya telah disampaikan oleh En. Khairul Nizar, wakil dari pihak MZK Academy Sdn. Bhd. Banyak input penting telah disampaikan berkaitan kerjaya IT kepada para pelajar, yang juga merupakan pelaar semester ak...

PENGUMUMAN : Pindaan Tarikh Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar.

Perhatian kepada pelajar kursus FN621 Network Project dan DFT6124 Project. Sesi pembentangan akhir projek yang dijadualkan pada 29 September 2016 telah DITUNDA ke tarikh lain. Berikut adalah tarikh baru untuk sesi pembentangan; ·          4 Oktober 2016 o    Taklimat dan persiapan tempat di Dewan Besar o    3.00 hingga 5.00 petang o    Semua kumpulan WAJIB hadir. ·          5 Oktober 2016 o    Sesi Pembentangan Projek Akhir (IT Exibition) o    8.00 pagi hingga 4.00 petang o    Dewan Besar PMS ·          6 Oktober 2016 o    Sesi pembentangan kedua bersama wakil industri o    10 kumpulan terpilih Sehubungan itu, pelajar boleh berjumpa dengan Supervisor untuk penilaian dan perbincangan   seperti biasa pada 29 September 2016. Sebarang permasal...

PENGUMUMAN : Pertandingan "Fotografi dan Videografi"...

Majlis Perwakilan Pelajar PMS akan menganjurkan Pertandingan "Fotografi dan Videografi" sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-59 Politeknik Muadzam Shah. Program akan berlangsung seperti berikut; Fotografi dan Videografi = 19 - 29 Ogos 2016 Videografi = 1 kumpuan (4 orang) setiap jabatan Fotografi = 2 peserta setiap jabatan Borang penyertaan perlu dihantar sebelum 29 Ogos 2016 (Jumaat) Pelajar yang berminat boleh dapatkan borang pendaftaran dan syarat penyertaan melalui En. Riki dan En. Izul.

PENGUMUMAN : Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016...

Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016 akan berlangsung bermula 1 Ogos hingga 24 Ogos 2016. Program ini akan melibatkan pelajar dan kakitangan PMS, sama seperti SUKMAS sebelum ini. Antara acara yang akan dipertandingkan adalah; Congkak Futsal Kain Pelekat Galah Panjang Dam Haji Konda Kondi Lagu Klasik Sehubungan itu, para pelajar yang berminat dan berkebolehan dialu-alukan untuk menyertai program ini. Pelajar boleh berhubungan dengan wakil jabatan yang telah dilantik untuk proses pendaftaran. Diharapkan kerjasama semua warga JTMK akan menobatkan JTMK selaku juara keseluruhan SUTRAMAS, mengulangi kejayaan gemilang SUKMAS pada semester lepas. Berikut senarai acara dan PIC yang terlibat;

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H...

Kami warga JTMK PMS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016M/1437H pada semua pelajar dan kakitangan PMS, khususnya JTMK. Semoga Aridilfitri kali ini meninggalkan sejuta kenangan terindah buat kita semua. Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Terlebih bisa tutur bicara, Disimpan jangan ampun dipinta, Syawal dinanti kan kunjung tiba, Ikhlas dari kami yang kacak & jelita. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin...

PENGUMUMAN : Learn & Earn Program...

Pihak Politeknik Malaysia telah melaksanakan perbincangan kolaborasi dengan pihak   eRezeki (MDEC) untuk platform crowd sourcing serta pengendalian serta pelaksanaan di Politeknik Malaysia.    Untuk pelaksanaan pertama,   Program Learn & Earn Program   akan dilaksanakan pada bulan   Julai/ Ogos   terbuka kepada semua graduan Politeknik Malaysia   yang masih belum mendapat peluang bekerja. Pelajar akan mengikuti beberapa siri latihan kemahiran dan akan menjana pendapatan pada   platform crowd-sourcing .   Bagi yang berminat, bolehlah hubungi pegawai yang terlibat.

AKTIVITI : Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge...

JTMK PMS telah menghantar 14 orang pelajar untuk menyertai program Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik. Berikut adalah maklumat program; Tarikh : 29 Jun 2016 (Rabu) Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Peserta : 12 orang pelajar DIP semester 5 dan 2 orang pelajar DNS sem 5 Dalam program ini, pelajar diberi penerangan mengenai inovasi dan pelajar juga diberi tugasan dan perlu melalui proses pembentangan. Pembentangan ini dinilai dan diberikan hadiah. Peserta JTMK PMS telah berjaya mendapat tempat ke-2 dan ke-5 dari keseluruhan peserta yang terlibat. Tahniah dari kami warga JTMK atas kejayaan anda. Pemenang tempat ke-2 Pemenang tempat ke-5