Langkau ke kandungan utama

Catatan

AKTIVITI : JTMK Open Day (Siri 1) 2017..

JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day (Siri 1) 2017 pada 16/02/2017 di perkarangan JTMK. Seramai lebih 120 pelajar melalui 41 buah gerai telah menyediakan pelbagai jenis produk jualan sepanjang program berlangsung. Selain itu, cabutan bertuah serta hadiah juga disediakan kepada pelajar yang terlibat. Pelbagai gerai jualan telah menarik minat warga PMS untuk sama-sama hadir memeriahkan program yang dianjurkan ini. Program turut dilawati oleh Ahli Mesyuarat Pengurusan (AMP) PMS, yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Nor Rahim. Rata-rata pengunjung memberikan komen positif terhadap penganjura kali ini yang dilihat lebih meriah berbanding sebelum ini. Walaupun dalam suasana hujan sedikit, ini tidak menghalang para pelajar untuk meningkatkan kemahiran berniaga mereka melalui pelbagai bentuk promosi yang menarik. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan program ini. Semoga program ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang. Berikut adalah antar...

PENGUMUMAN : JTMK Open Day (Siri 1) 2017...

JTMK akan menganjurkan Open Day (Siri 1) 2017 seperti berikut; Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis) Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang Tempat : Foyer JTMK Seramai 120 orang pelajar yang mengikuti kursus Cyberpreneurship akan membuka gerai dan menjual pelbagai jenis barangan dan makanan. Sebanyak 41 buah gerai akan disediakan. Semua pihak dijemput untuk hadir bagi sama-sama memeriahkan hari open Day (Siri 1) 2017 . Berikut adalah antara poster promosi yang disediakan pelajar.

JTMK Terbaik 2016...

Tahun 2016 akan kekal diingati sebagai tahun berjaya untuk JTMK PMS. Pelbagai kejayaan telah dirangkul sepanjang tahun 2016. Berikut adalah antara aktiviti yang telah dilaksanakan dan kejayaan yang dicapai. AKTIVITI JTMK Open Day Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge JTMK IT Exibition (ITEx) Techcreavery 2016 PENCAPAIAN 1 ) Sukan Politeknik Muadzam Shah (Sukmas) Tarikh : Sepanjang Februari dan Mac 2016 Tempat : Kompleks Sukan PMS Pencapaian : Juara Keseluruhan (24 Emas, 16 Perak, 18 Gangsa = 298 Mata) Olahragawan dan Olahragawati Sukmas 2 ) Ideation & Innovation Workshop and iMSC 2016- IHL MSC Malaysian Startup Challenge Tarikh : 29 Jun 2016 Tempat : Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya Pencapaian :  Tempat ke-2 dan ke-5 3 ) Techcreavery 2016 Tarikh : 17 - 18 Oktober 2016 Tempat : MDEC, Cyberjaya Pencapaian :  Johan kategori Hardware Johan Kategori I...

AKTIVITI : IT Exibition 2016...

JTMK PMS telah menganjurkan IT Exibition (ITEx) 2016 pada 05 dan 06 Oktober 2016 yang lalu. Program ini melibat dua acara utama iaitu Pembentangan Projek Akhir Pelajar yang diadakan pada 05 Oktober, manakala Seminar Kerjaya IT diadakan pada 06 Oktober 2016. Program ini diadakan di Dewan Besar, PMS. Bagi Pembentangan Projek Akhir Pelajar, sebanyak 60 kumpulan projek daripad kursus DFT6124 Project dan FN621 Networking Project terlibat bagi membentangkan projek mereka. Mereka dinilai oleh 2 orang pensyarah jabatan dan 10 terbaik dipilih untuk penilaian kedua bersama pihak industri pada 06 Oktober 2016. Pihak jabatan juga telah menyediakan hadiah bagi 4 kumpulan terbaik DIP dan 4 kumpulan terbaik DNS. Berikut adalah keputusan yang telah diperolehi; Pada 06 Oktober 2016, seminar kerjaya telah disampaikan oleh En. Khairul Nizar, wakil dari pihak MZK Academy Sdn. Bhd. Banyak input penting telah disampaikan berkaitan kerjaya IT kepada para pelajar, yang juga merupakan pelaar semester ak...

PENGUMUMAN : Pindaan Tarikh Pembentangan Akhir Projek Akhir Pelajar.

Perhatian kepada pelajar kursus FN621 Network Project dan DFT6124 Project. Sesi pembentangan akhir projek yang dijadualkan pada 29 September 2016 telah DITUNDA ke tarikh lain. Berikut adalah tarikh baru untuk sesi pembentangan; ·          4 Oktober 2016 o    Taklimat dan persiapan tempat di Dewan Besar o    3.00 hingga 5.00 petang o    Semua kumpulan WAJIB hadir. ·          5 Oktober 2016 o    Sesi Pembentangan Projek Akhir (IT Exibition) o    8.00 pagi hingga 4.00 petang o    Dewan Besar PMS ·          6 Oktober 2016 o    Sesi pembentangan kedua bersama wakil industri o    10 kumpulan terpilih Sehubungan itu, pelajar boleh berjumpa dengan Supervisor untuk penilaian dan perbincangan   seperti biasa pada 29 September 2016. Sebarang permasal...

PENGUMUMAN : Pertandingan "Fotografi dan Videografi"...

Majlis Perwakilan Pelajar PMS akan menganjurkan Pertandingan "Fotografi dan Videografi" sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-59 Politeknik Muadzam Shah. Program akan berlangsung seperti berikut; Fotografi dan Videografi = 19 - 29 Ogos 2016 Videografi = 1 kumpuan (4 orang) setiap jabatan Fotografi = 2 peserta setiap jabatan Borang penyertaan perlu dihantar sebelum 29 Ogos 2016 (Jumaat) Pelajar yang berminat boleh dapatkan borang pendaftaran dan syarat penyertaan melalui En. Riki dan En. Izul.

PENGUMUMAN : Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016...

Program Sukan Tradisional Politeknik Muadzam Shah (SUTRAMAS) & Karnival Semarak Warisan 1 Malaysia 2016 akan berlangsung bermula 1 Ogos hingga 24 Ogos 2016. Program ini akan melibatkan pelajar dan kakitangan PMS, sama seperti SUKMAS sebelum ini. Antara acara yang akan dipertandingkan adalah; Congkak Futsal Kain Pelekat Galah Panjang Dam Haji Konda Kondi Lagu Klasik Sehubungan itu, para pelajar yang berminat dan berkebolehan dialu-alukan untuk menyertai program ini. Pelajar boleh berhubungan dengan wakil jabatan yang telah dilantik untuk proses pendaftaran. Diharapkan kerjasama semua warga JTMK akan menobatkan JTMK selaku juara keseluruhan SUTRAMAS, mengulangi kejayaan gemilang SUKMAS pada semester lepas. Berikut senarai acara dan PIC yang terlibat;