Pengarah PMS telah menbuat kenyataan rasminya melalui Pegawai HEP, En. Isa berkaitan dengan masalah banjir yang sedang melanda.
Pengarah menjelaskan bahawa kelas akan berjalan seperti dijadualkan dan tidak ada pengangguhan kelas akibat banjir. Bagi pelajar yang terjejas, mereka akan diberi kelonggaran sehingga keadaan mengizinkan untuk mereka kembali ke PMS. Namun, pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada ketua kampung atau pihak polis yang mengatakan bahawa kediaman pelajar terjejas akibat banjir dan terdapat halangan untuk pelajar pulang ke PMS.
Mohon kepada semua pelajar maklumkan kepada rakan-rakan yang terlibat dengan banjir ini.
Pihak PMS, khususnya kami di JTMK mendoakan agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.
*Untuk makluman, permohonan laporan polis ini adalah salah satu prosedur yang diperlukan bagi urusan memberi kelonggaran kepada pelajar. Tanpa laporan polis ini, pelajar boleh dianggap tidak hadir ke kuliah tanpa sebab.

Ulasan
Catat Ulasan