Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

AKTIVITI : Pembentangan Akhir Projek Pelajar Sesi Jun 2017...

Pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang mengikuti kursus DFT6124 Project telah terlibat dengan sesi pembentangan akhir projek pelajar pada 19 September 2017 yang lalu. Seramai 63 kumpulan pelajar dari program DIP & DNS telah membentangkan projek akhir mereka di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS. Pelbagai bentuk projek telah dibangunkan dan dibentangkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan bagi kursus DFT6124 Project. Pelajar dinilai oleh 2 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai. Kumpulan yang terbaik akan membentangkan kembali projek mereka di hadapan panel khas pada minggu berikutnya. Berikut antara gambar semasa sesi pembentangan diadakan.

AKTIVITI : Kursus CISCO IT Essentials...

JTMK PMS dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah menganjurkan Kursus CISCO IT Essentials pada 11 hingga 15 September 2017. Seramai 30 pelajar JTMK dari politeknik seluruh Malaysia telah berkumpul selama 5 hari bagi mengikuti kursus ini. Pelajar diajar tentang asas komputer sepertimana yang telah terkandung dalam silibus DFC0133 Introduction To Computer System. Selain teori, pelajar juga ditunjukkan dengan cara kerja dan praktikal bagi asas baik pulih komputer. Para pelajar juga akan dinilai berdasarkan ujian yang perlu dijawab. Pelajar juga diberi sijil khas bagi yang berjaya lulus dalam peperiksaan khas yang diadakan.

AKTIVITI : JTMK Open Day Sesi Jun 2017...

Seperti semester sebelumnya, JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day Sesi Jun 2017 pada 24 Ogos 2017 yang lalu. Program yang melibatkan gerai jualan ini telah berlangsung di perkarangan JTMK. Lebih 40 kumpulan yang terdiri daripada pelajar semester 3 dan 5 ini telah terlibat dengan gerai jualan. Mereka juga dinilai bagi kursus Cyberpreneurship. Penganjuran kali ini juga telah dimeriahkan dengan acara sampingan seperti anugerah gerai terbaik dan juga cabutan bertuah. Penganjuran program ini semakin mendapat perhatian dikalangan para pelajar PMS, khususnya JTMK sendiri. Ini dapat dilihat dengan sambutan yang begitu menggalakkan dari para pengunjung.Malah, rata-rata pengunjung memuji penganuran yang dilihat meriah dengan pelbagai bentuk barangan jualan. Semoga program JTMK Open Day akan sentiasa mendapat sambutan di semester-semester akan datang.

AKTIVITI : Teknousahawan Siri 2/2017...

Pada 22 & 23 Ogos lalu, JTMK PMS telah menganjurkan program Teknousahawan Siri 2/2017. Program taklimat ini telah diadakan di DKU PMS dan melibatkan pelajar yang mengambil kursus Cyberpreneurship. Taklimat telah disampaikan oleh pihak industri yang dijemput khas oleh pihak jabatan, iaitu YM Tengku Kamarulzaman Bin Tengku Mahmud Muhyidin. Antara fokus utama dalam program taklimat ini adalah mengenai pemasaran melalui internet. Pelajar diterangkan dan diajar cara yang berkesan untuk membuat promosi dan pemasaran menggunakan medium internet. Selain itu, pelajar juga berkesempatan membuat beberapa latihan sepertimana yang diterangkan oleh penceramah. Semoga program ini dapat memberi input tambahan kepada para pelajar, malah mampu membuka peluang untuk para pelajar yang berminat untuk aktif dalam bidang keusahawanan.