Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Pembentangan Akhir Projek Pelajar Sesi Jun 2017...

Pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang mengikuti kursus DFT6124 Project telah terlibat dengan sesi pembentangan akhir projek pelajar pada 19 September 2017 yang lalu. Seramai 63 kumpulan pelajar dari program DIP & DNS telah membentangkan projek akhir mereka di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.

Pelbagai bentuk projek telah dibangunkan dan dibentangkan bagi memenuhi kriteria pemarkahan bagi kursus DFT6124 Project.

Pelajar dinilai oleh 2 orang pensyarah yang terlibat sebagai panel penilai. Kumpulan yang terbaik akan membentangkan kembali projek mereka di hadapan panel khas pada minggu berikutnya.

Berikut antara gambar semasa sesi pembentangan diadakan.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Digital Innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018)...

JTMK telah menganjurkan Digital innovation & Creativity Exibition 2018 (DICE2018). DICE merupakan projek yang dianjurkan bagi membolehkan para pelajar kursus DFT6014 INTEGRATED PROJECT membentangkan produk bagi projek akhir mereka. DICE 2018 telah diadakan pada 27 September 2018 di Tingkat 1, Perpustakaan Siber PMS.DICE perupakan penjenamaan semula Program Pembentangan Projek Akhir Pelajar (sebelum ini dikenali sebagai ITEX). Setiap kumpulan pelajar akan dinilai oleh 2 orang panel. Panel pertama adalah pensyarah JTMK sendiri. Manakala panel kedua adalah panel yang dijemput khas daripada industri dan universiti. Panel yang dijemput adalah; Dr. Mohd Hazeli Bin Mohamed Zabil Pensyarah Kanan Kejuruteraan Perisian, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Wakil IEEE Malaysia Society, Computer Chapter En. Mutahir Bin Mohamed Ariff Pensyarah Jabatan Grafik & Multimedia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muhammad Shakirin Bin Samin Wakil syarikat Amtis Solution Sdn. ...

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.