Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : JTMK Open Day Sesi Jun 2017...

Seperti semester sebelumnya, JTMK telah menganjurkan JTMK Open Day Sesi Jun 2017 pada 24 Ogos 2017 yang lalu. Program yang melibatkan gerai jualan ini telah berlangsung di perkarangan JTMK.

Lebih 40 kumpulan yang terdiri daripada pelajar semester 3 dan 5 ini telah terlibat dengan gerai jualan. Mereka juga dinilai bagi kursus Cyberpreneurship.

Penganjuran kali ini juga telah dimeriahkan dengan acara sampingan seperti anugerah gerai terbaik dan juga cabutan bertuah.

Penganjuran program ini semakin mendapat perhatian dikalangan para pelajar PMS, khususnya JTMK sendiri. Ini dapat dilihat dengan sambutan yang begitu menggalakkan dari para pengunjung.Malah, rata-rata pengunjung memuji penganuran yang dilihat meriah dengan pelbagai bentuk barangan jualan.

Semoga program JTMK Open Day akan sentiasa mendapat sambutan di semester-semester akan datang.



















































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Kejayaan JTMK PMS Di Pertandingan Inovasi...

JTMK PMS telah menyertai 2 pertandingan inovasi yang melibatkan projek akhir pelajar pada Mac dan Mei. Kedua-dua penyertaan ini telah menghasilkan keputusan yang cukup cemerlang. I-Compex 2017 Program  :  National Innovation and Invention Competition through Exhibition 2017 (I-COMPEX) Tarikh     :  22-23 Mac 2017 Tempat    :  Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah Peserta    : Produk : iCar Lock           Pelajar :                    1) Umi Amira Azhar (DIP)                    2) Nur Zafira Jamil (DIP)           Penyelia : Pn. Roziyaliney Muhammad Produk : iHomestay           Pelajar :      ...

AKTIVITI : Majlis Perasmian Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat...

Pada 13 November 2018, Tuan Pengarah telah dijemput untuk merasmikan Bilik Gerakan Kelab Teknologi Maklumat (KTM). Bilik ini akan menjadi pusat gerakan utama bagi KTM. Tuan Pengarah telah menyempurnakan gimik pelancaran pada majlis tersebut. Majlis turut dihadiri Ketua jabatan, Ketua Program dan para pensyarah.

AKTIVITI : Techcreavery Innovation Challange 2015...

Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dengan kerjasama Malaysia Development Corportion (MDeC) telah menganjurkan TechCreavery Innovation Challange 2015 pada 12 dan 13 Oktober 2015 yang lalu. Program yang menghimpunkan projek akhir pelajar dari seluruh politeknik yang terlibat ini telah diadakan di MDeC, Cyberjaya. Pertandingan dimulakan dengan peringkat saringan yang telah diadakan melalui Youtube. Peserta dari seluruh politeknik perlu menyediakan video berkenaan projek mereka dan dimuat naik ke Youtube sebelum 3 Oktober 2015 untuk sesi penilaian. JTMK PMS telah memilih 4 kumpulan terbaik untuk menyertai program ini. Keempat-empat kumpulan ini telah berjaya melepasi sesi kelayakan melalui Youtube, dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan pada 12 Oktober 2015.  Senarai peserta separuh akhir mengikut kategori Beberapa aktiviti telah disediakan sepanjang program seperti kursus dan bengkel. JTMK PMS diwakili oleh 4 kumpulan pelajar semester akhir yang mem...