Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Teknousahawan Siri 2/2017...

Pada 22 & 23 Ogos lalu, JTMK PMS telah menganjurkan program Teknousahawan Siri 2/2017. Program taklimat ini telah diadakan di DKU PMS dan melibatkan pelajar yang mengambil kursus Cyberpreneurship. Taklimat telah disampaikan oleh pihak industri yang dijemput khas oleh pihak jabatan, iaitu YM Tengku Kamarulzaman Bin Tengku Mahmud Muhyidin.

Antara fokus utama dalam program taklimat ini adalah mengenai pemasaran melalui internet. Pelajar diterangkan dan diajar cara yang berkesan untuk membuat promosi dan pemasaran menggunakan medium internet. Selain itu, pelajar juga berkesempatan membuat beberapa latihan sepertimana yang diterangkan oleh penceramah.

Semoga program ini dapat memberi input tambahan kepada para pelajar, malah mampu membuka peluang untuk para pelajar yang berminat untuk aktif dalam bidang keusahawanan.
























Ulasan